Menu / Home
Menu / Home
Malay Christian Resources MP3 Bible HTML Bible HTML Bible Got Questions Answering Islam Malaysian Digital Bible (DBS) - Malay

VISI DON
KENAPA AMBIL PEDULI?

oleh Don S.
(Why Bother?)
(Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

PDF   DOC    [English/Main]

Awal suatu pagi, sambil Don duduk untuk satu masa rehat minum kopi di tempat kerjanya di Pepsi Co., dia serta-merta dibawa ke satu jalan kota di mana dia dan isterinya Marianne, sedang cuba menceritakan Berita Baik tentang Yesus Kristus, kepada mereka yang berlalu. Tetapi, tidak ada orang yang mahu mendengar mereka! Dengan rasa kecewa, Don bertanya, “Kenapa ambil peduli? Apakah perubahan yang ia boleh buat?”

Sebaik saja soalan ini ditanya, Don mendapati dirinya berdiri di dalam satu lumpur hitam yang dalam dan melekit. Dia sedang menghadap apa yang kelihatan seperti satu astaka luar yang besar yang sampai sejauh mata boleh lihat. Tiang-tiang di kedua-dua belah astaka besar ini, yang menyokong atap, adalah hitam dan hangus, seperti dibakar di dalam satu api. Duduk di dalam astaka besar adalah tidak terkira banyaknya orang-orang…tiada satupun tempat duduk adalah kosong.

Don membongkok dan mencapai segenggam lumpur hitam, yang meleleh melalui jari-jarinya. Kemudian apabila dia melihat ke atas, dia menyedari sesuatu yang menakutkan! Sewaktu matanya bertumpu ke satu orang di dalam astaka besar tersebut, serta-merta orang itu terbakar! Apabila Don melihat seorang lagi, orang itu juga akan terbakar! Setiap kali dia akan menumpu pada seorang yang duduk di sana, orang itu akan mula terbakar.


Pada masa ini, Don terdengar suara Allah bercakap kepadanya. Allah berkata,
“Itulah sebabnya ambil peduli! Kerana jika kamu tidak memberitahu mereka, mereka akan binasa dan dibakar di dalam neraka!”

Kemudian Don mendapati dirinya balik ke Pepsi. Visi ini adalah kelahiran kerja mereka (“ministry”) untuk Tuhan… “Allah yang dikasihi, kami akan pergi memberitahu mereka!”