64
Doa Minta Perlindungan
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
Aku dalam kesusahan, ya Allah - dengarlah doaku!
Aku takut kepada musuhku - selamatkanlah aku!
Lindungilah aku daripada komplot orang derhaka,
dan daripada rusuhan orang durjana.
Lidah mereka setajam pedang,
kata-kata mereka berbisa seperti anak panah beracun.
Mereka menyebarkan dusta dari tempat persembunyian;
mereka membinasakan orang baik dengan fitnah.
Mereka menggalakkan sesama sendiri untuk melakukan yang jahat;
mereka berunding tentang tempat memasang perangkap;
mereka menyangka tiada orang yang melihat.
Mereka membuat rancangan jahat dan berkata,
“Kita telah merancang jenayah yang licik sekali.”
Sungguh dalamnya hati serta fikiran manusia,
sehingga tidak dapat diselami.
Tetapi Allah melepaskan anak panah-Nya terhadap mereka,
dan dengan serta-merta mereka cedera.
Dia akan membinasakan mereka kerana kata-kata mereka;n
semua orang yang melihat mereka akan menggelengkan kepala.
10 Mereka akan ketakutan;
mereka memikirkan tindakan Allah,
dan memberitakan perbuatan-Nya.
11 Semua orang baik akan bergirang kerana perbuatan TUHAN;
mereka akan mendapat perlindungan daripada-Nya;
semua orang yang tulus akan memuji Dia.
n 64:9 Dapat bermakna: Dia akan membinasakan mereka kerana kata-kata mereka; Naskhah Ibrani: Mereka akan membinasakan Dia, kata-kata mereka menentang mereka.