63
Rindu akan Allah
1 Mazmur Daud, semasa dia di padang gurun Yehuda.
2 Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau.
Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau.
3 Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu,
serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu.
4 Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup,
oleh itu aku memuji Engkau.
5 Aku bersyukur kepada-Mu seumur hidupku;
aku menadahkan tangan kepada-Mu sambil berdoa.
6 Jiwaku dijamu dan dipuaskan,
dan aku akan menyanyikan lagu-lagu pujian untuk-Mu.
7 Waktu aku berbaring di katil,
aku ingat akan Engkau;
sepanjang malam aku merenungkan Engkau,
8 kerana Engkau sentiasa menolong aku;
aku menyanyi dengan riang di bawah naungan sayap-Mu.
9 Aku berpaut kepada-Mu,
tangan-Mu yang kuat menopang aku.
10 Orang yang cuba membunuh aku
akan turun ke dunia orang mati;
11 mereka akan dibunuh dalam pertempuran,
dan mayat mereka dimakan serigala.
12 Raja akan bersukacita kerana Allah memberi raja kemenangan;
semua orang yang berjanji demi Allah akan bergembira,
tetapi suara pendusta akan disenyapkan.