93
TUHAN, Raja yang Kekal
1 TUHAN ialah raja.
Dia berpakaian keagungan dan kekuatan.
Engkau telah mengukuhkan bumi,
supaya tidak dapat digoncang.
2 Takhta-Mu, ya TUHAN, kukuh sejak dahulu kala,
dan Engkau ada sejak permulaan.
3 Ya TUHAN, dasar samudera bergelora,
samudera menderu dengan hebatnya.
4 Tetapi TUHAN penguasa tertinggi di syurga,
lebih agung daripada gelora lautan,
dan lebih kuat daripada ombak samudera.
5 Hukum-Mu abadi, ya TUHAN,
dan Rumah-Mu suci selama-lamanya.