87
Pujian bagi Yerusalem
Mazmur puak Korah. Sebuah lagu.
TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;g
Dia lebih mengasihi kota Yerusalem
daripada tempat lain di Israel.
Dengarlah, hai kota Allah,
hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu:
“Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku,
Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia;
bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia,h
akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem.”
Tentang Sion, akan dikatakan
bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu,
dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya.
TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa,
dalam senarai penduduk Yerusalem.
Mereka akan menari dan menyanyi,
“Sionlah sumber segala berkat kami.”
g 87:1 bukit yang suci: Lihat 2.6. h 87:4 Etiopia: Lihat 68.32.