Kota Ai Direbut dan Dimusnahkan
8
TUHAN berfirman kepada Yosua, “Bawalah semua askar dan pergilah ke kota Ai. Janganlah takut ataupun tawar hati. Aku akan memberi kamu kemenangan atas raja Ai; rakyat, kota, dan tanahnya akan menjadi milik kamu. Perlakukanlah kota Ai dan rajanya sebagaimana kamu memperlakukan kota Yerikho dan rajanya, tetapi kali ini kamu boleh mengambil harta benda dan ternakannya untuk diri kamu sendiri. Bersiaplah untuk menyerang kota itu secara mengejut dari belakang.”
Oleh itu Yosua dan semua askarnya bersiap untuk pergi ke kota Ai. Yosua memilih 30,000 orang daripada askarnya yang terbaik dan menyuruh mereka berangkat pada waktu malam. Yosua memberi mereka arahan, “Bersembunyilah di belakang kota itu, tetapi jangan terlalu jauh. Bersiaplah untuk menyerangnya. Aku dan anak buahku akan menghampiri kota itu. Apabila orang Ai keluar untuk menyerang kami, kami akan berbalik dan lari seperti yang kita lakukan pada kali yang pertama. Mereka akan mengejar kami sehingga jauh dari kota. Mereka akan menyangka bahawa kami melarikan diri daripada mereka seperti yang kita lakukan dahulu. Pada masa itu kamu harus keluar dari persembunyian dan merebut kota itu. TUHAN, Allah kamu akan memberikan kota itu kepada kamu. Setelah kamu merebut kota itu, bakarlah kota itu sesuai dengan perintah TUHAN. Itulah perintah untuk kamu.” Kemudian Yosua menyuruh mereka berangkat; mereka pergi ke tempat persembunyian dan menunggu di situ. Tempat itu terletak di sebelah barat Ai, di antara Ai dan Betel. Yosua bermalam di perkhemahan.
10 Keesokan harinya, Yosua bangun pagi-pagi dan memanggil askar-askar berkumpul. Kemudian Yosua dan para pemimpin umat Israel memimpin pasukan askar itu ke kota Ai. 11 Askar-askar yang bersama dengan Yosua menuju ke pintu gerbang kota dan berkhemah di sebelah utara; ada lembah di antara mereka dan kota Ai. 12 Yosua membawa kira-kira 5,000 orang dan menyuruh mereka bersembunyi di sebelah barat kota itu, di antara Ai dan Betel. 13 Tentera itu diarah bertempur mengikut susunan berikut: pasukan utama berada di sebelah utara kota dan yang selebihnya di sebelah barat. Yosua sendiri bermalam di lembah itu. 14 Ketika raja kota Ai nampak askar-askar Yosua, raja bertindak dengan segera. Raja dan semua anak buahnya berangkat ke arah Lembah Yordan untuk berperang dengan tentera Israel di tempat pertempuran dahulu. Raja tidak tahu bahawa baginda akan diserbu dari belakang. 15 Yosua dan anak buahnya berpura-pura berundur dan lari ke arah kawasan tanah gersang. 16 Semua orang lelaki di kota Ai telah dikumpulkan untuk mengejar Yosua dan anak buahnya. Sedang mereka mengejar Yosua, mereka bertambah jauh dari kota Ai. 17 Semua orang lelaki dari kota Aie mengejar orang Israel, sehingga kota itu dibiarkan terbuka dan tidak dikawal. Tiada seorang pun yang membela kota itu.
18 Kemudian TUHAN berfirman kepada Yosua, “Acungkanlah tombakmu ke arah kota Ai; Aku akan memberikan kota itu kepadamu.” Yosua pun melakukannya. 19 Sebaik sahaja Yosua mengangkat tangannya, askar-askar yang bersembunyi segera bangkit, lalu lari ke dalam kota itu dan menyerangnya. Mereka merebut kota itu lalu terus membakarnya. 20 Apabila orang Ai menoleh ke belakang, mereka nampak asap membumbung ke langit. Mereka tidak dapat melarikan diri kerana orang Israel yang telah lari ke arah tanah gersang tadi, berpatah balik pula dan menyerang mereka. 21 Apabila Yosua dan anak buahnya nampak bahawa pasukan yang lain telah merebut kota itu dan membakarnya, mereka berpatah balik dan mula membunuh orang Ai. 22 Orang Israel yang di kota itu pun datang dan turut menyerang mereka. Oleh itu orang Ai dikepung oleh orang Israel, lalu semua orang Ai dibunuh. Tiada seorang pun dapat melarikan diri dan tiada sesiapa pun terselamat 23 kecuali raja Ai. Baginda ditangkap dan dibawa kepada Yosua.
24 Orang Israel membunuh semua musuh yang mengejar mereka di tanah gersang. Kemudian orang Israel kembali ke kota Ai dan membunuh semua orang di sana. 25-26 Yosua terus mengacungkan tombaknya ke arah Ai dan tidak menurunkan tangannya sehingga semua orang di kota itu telah dibunuh. Semua penduduk Ai dibunuh pada hari itu; semuanya berjumlah 12,000 orang lelaki dan perempuan. 27 Umat Israel menyimpan ternakan dan barang jarahan dari kota itu untuk diri mereka sendiri, menurut perintah TUHAN kepada Yosua. 28 Yosua membakar kota Ai dan membiarkannya menjadi reruntuhan. Keadaan kota itu masih begitu sampai hari ini. 29 Yosua menggantung raja Ai pada sebatang pokok dan mayatnya dibiarkan di situ sehingga senja. Pada waktu matahari terbenam, Yosua memerintahkan orang supaya menurunkan mayat itu dan membuangnya di hadapan pintu gerbang kota. Mereka menimbuni mayat itu dengan batu sehingga menjadi satu timbunan yang besar; batu-batu itu masih ada di situ sampai hari ini.
Pembacaan Taurat di Gunung Ebal
30 Kemudian Yosua membina sebuah mazbah untuk TUHAN, Allah Israel, di Gunung Ebal. 31 Dia membinanya menurut petunjuk yang diberikan oleh Musa, hamba TUHAN itu kepada umat Israel, sebagaimana yang tertulis di dalam Taurat Musa, “sebuah mazbah yang dibina daripada batu-batu yang tidak dipahat dengan alat-alat besi.” Mereka mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHANfg+ 32 Di sana, di hadapan umat Israel, Yosua menulis pada batu-batu mazbah ituh salinan Taurat yang ditulis oleh Musa. + 33 Umat Israel bersama dengan para pemimpin, pegawai, dan hakim mereka, serta orang asing yang tinggal di kalangan mereka, berdiri di dua sisi Tabut Perjanjian. Mereka menghadap imam-imam suku Lewi yang menggotong Tabut itu. Separuh daripada umat Israel menghadap ke arah Gunung Gerizim dan separuh lagi menghadap ke arah Gunung Ebal. Musa, hamba TUHAN, telah memberikan perintah kepada mereka untuk berbuat demikian apabila tiba masanya mereka diberkati. 34 Kemudian Yosua membacakan seluruh Taurat itu dengan kuat, termasuk segala berkat dan kutukannya, tepat seperti yang tertulis di dalam Kitab Taurat. 35 Tiap-tiap perintah Musa dibacakan oleh Yosua di hadapan semua umat, termasuk kaum perempuan dan kanak-kanak, serta orang asing yang tinggal di kalangan mereka. +
e 8:17 Sebuah naskhah terjemahan kuno: Ai; Naskhah Ibrani: Ai dan Betel. f 8:31 korban untuk menyenangkan hati TUHAN; Harfiah: korban bakar.* dan korban untuk memohon berkat TUHAN g 8:31 korban untuk memohon berkat TUHAN; Harfiah: korban perdamaian.* di atas mazbah itu. + 8:31 Kel 20.25 h 8:32 batu-batu mazbah itu; atau batu-batu. + 8:32 Ul 27.2-8 + 8:35 Ul 11.29, 27.11-14