Allah Akan Menghukum Musuh-Nya
34
Marilah, hai semua bangsa! Berkumpullah dan dengarlah! Hendaklah seluruh bumi dan setiap orang yang mendiaminya datang dan mendengar. TUHAN murka terhadap semua bangsa dan angkatan tentera mereka. Dia akan menghukum dan membinasakan mereka. Mayat mereka tidak akan dikebumikan, tetapi dibiarkan membusuk. Gunung-gunung akan menjadi merah kerana dibanjiri darah. Matahari, bulan, dan bintang akan hancur. Langit akan lenyap, seolah-olah digulung seperti gulungan naskhah. Bintang-bintang akan jatuh seperti daun gugur dari pokok anggur atau pokok ara. +
TUHAN telah menyiapkan pedang-Nya di langit, dan sekarang pedang itu akan menimpa bangsa Edom, orang yang telah dijatuhi hukuman dan akan dibinasakan. Pedang-Nya akan berlumuran darah dan penuh dengan lemak, seperti darah dan lemak domba serta kambing yang dikorbankan. TUHAN akan menyediakan korban itu di kota Bozra, dan mengadakan pembantaian dahsyat di negeri Edom. Orang akan mati seperti lembu liar dan lembu muda. Negeri mereka akan diliputi darah dan dipenuhi lemak. Itulah saatnya TUHAN menyelamatkan Sion dan membalas dendam terhadap musuh-musuh Sion.
Sungai-sungai di Edom akan berubah menjadi tar dan tanahnya menjadi belerang. Seluruh negeri itu akan terbakar seperti tar. 10 Siang malam nyala api itu tidak padam dan asap mengepul daripadanya untuk selama-lamanya. Negeri itu akan ditinggalkan kosong dan tandus sehingga turun-temurun, dan tiada seorang pun akan melaluinya. + 11 Burung hantu dan burung gagak akan mendiami tempat itu. TUHAN akan menjadikannya kacau-bilau seperti sebelum penciptaan. 12 Negeri itu tidak akan mempunyai raja, dan pemimpin-pemimpinnya akan lenyap.r 13 Semak dan rumput berduri tumbuh di dalam semua istana dan kota yang bertembok. Serigala dan burung unta tinggal di sana. 14 Binatang liar akan berkeliaran, hantu bersahut-sahutan dan hantu malams akan datang mencari tempat berehat. 15 Di sana burung hantu membuat sarangnya, bertelur, menetaskan telurnya, dan memelihara anak-anaknya. Burung nasar pun berkumpul dengan pasangannya.
16 Carilah di dalam kitab TUHAN dan bacalah. Tiada satu pun daripada semua makhluk itu akan hilang atau tanpa pasangan. TUHAN telah menetapkannya, dan Dia sendiri akan mengumpulkan semua makhluk itu. 17 TUHANlah yang akan membahagikan tanah antara makhluk itu; setiap makhluk akan mendapat sebahagian, lalu tinggal di tanah itu berzaman-zaman serta memilikinya selama-lamanya. +
+ 34:4 Mat 24.29; Mrk 13.25; Luk 21.26; Why 6.13-14 + 34:10 Why 14.11, 19.3 r 34:12 Di dalam naskhah Ibrani, ayat ini bermula dengan sepatah kata yang tidak jelas ertinya. s 34:14 hantu malam: Hantu perempuan; menurut kepercayaan orang zaman dahulu, hantu itu tinggal di tempat yang sunyi. + 34:17 Yes 63.1-6; Yer 49.7-22; Yeh 25.12-14, 35.1-15; Am 1.11-12; Ob 1-14; Mal 1.2-5