|
Para penyanyi di Rumah TUHAN (keturunan Asaf)
- | 128 | |
Pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai)
- | 139 |
43-54 Inilah senarai puak pekerja Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan:
Ziha, Hasufa, Tabaot,
Keros, Siaha, Padon,
Lebana, Hagaba, Akub,
Hagab, Samlai, Hanan,
Gidel, Gahar, Reaya,
Rezin, Nekoda, Gazam,
Uza, Paseah, Besai,
Asna, Meunim, Nefusim,
Bakbuk, Hakufa, Harhur,
Bazlut, Mehida, Harsa,
Barkos, Sisera, Temah,
Neziah, dan Hatifa.
55-57 Puak hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan:
Sotai, Soferet, Peruda,
Yaala, Darkon, Gidel,
Sefaca, Hatil, Pokheret-Hazebaim, dan Ami.
58 Jumlah keturunan pekerja Rumah TUHAN dan hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan ialah 392 orang.
59-60 Semua orang yang berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, berjumlah 652 orang. Mereka termasuk puak Delaya, Tobia dan Nekoda, tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.
61-62 Puak-puak imam yang berikut ini tidak dapat mencari catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Nenek moyang Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan keturunan puak Barzilai dari Gilead, dan kemudian menggunakan nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam.
63 Gabenor negeri Yehuda melarang mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada Allah, sehingga ada seorang imam yang dapat meminta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.
64-67 Jumlah orang buangan yang pulang ke negeri mereka ialah 42,360 orang. Pembantu mereka, lelaki dan perempuan berjumlah 7,337 orang. Para penyanyi lelaki dan perempuan berjumlah 200 orang. Mereka juga membawa binatang mereka:
|