EZRA
Kata Pengantar
Kitab Ezra adalah sambungan kitab 1 dan 2 Tawarikh. Kitab ini menggambarkan keadaan bangsa Yahudi setelah habis masa pembuangan di Babilonia. Selepas sebilangan daripada orang Yahudi yang dibuang ke Babilonia pulang ke Yerusalem, kehidupan dan ibadat bangsa Yahudi dipulihkan. Peristiwa-peristiwa itu diceritakan dalam tiga babak berikut: (1) Rombongan pertama orang buangan Yahudi di Babilonia pulang ke Yerusalem, menurut perintah Raja Kores, raja Persia. (2) Rumah TUHAN di Yerusalem dibangun semula lalu ditahbiskan, dan ibadat dipulihkan. (3) Bertahun-tahun kemudian rombongan orang Yahudi yang lain kembali ke Yerusalem di bawah pimpinan Imam Ezra, seorang pakar Taurat Allah. Imam Ezra membantu menyusun semula kehidupan rakyat dalam bidang agama dan sosial supaya dapat melindungi warisan rohani Israel.
Kandungan
Rombongan Pertama Pulang dari Pembuangan 1.1—2.70
Rumah TUHAN Dibina Semula dan Ditahbiskan 3.1—6.22
Imam Ezra Balik Bersama dengan Orang Buangan Lain 7.1—10.44
Raja Kores Membenarkan Orang Yahudi Pulang ke Negeri Mereka
1
Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, raja Persia,a TUHAN melaksanakan firman-Nya yang disampaikan-Nya dengan perantaraan Nabi Yeremia. TUHAN menggerakkan hati Raja Kores supaya mengeluarkan titah bertulis, yang dikirim untuk dibacakan di seluruh kerajaan baginda. Bunyinya demikian: +
“Demikianlah titah Raja Kores, raja Persia: TUHAN, Allah penguasa di syurga, telah menjadikan beta raja seluruh dunia. Dia telah memberi beta tugas untuk membina Rumah bagi-Nya di Yerusalem, di negeri Yehuda. + Semoga Allah melindungi kamu semua yang menjadi umat-Nya. Kamu harus kembali ke Yerusalem dan membina semula Rumah TUHAN, Allah Israel, Allah yang disembah di Yerusalem. Jika ada seorang daripada umat-Nya di tempat pembuangan ini yang memerlukan bantuan untuk pulang, hendaklah jiran-jirannya memberikan bantuan. Mereka harus memberinya perak dan emas, bekalan untuk perjalanan serta binatang untuk mengangkut barangan, dan juga persembahan untuk Rumah TUHAN di Yerusalem.”
Oleh itu para pemimpin puak daripada suku Yehuda dan Benyamin, para imam serta orang Lewi, dan tiap-tiap orang yang telah digerakkan hatinya oleh Allah, bersiap-siap untuk pulang ke Yerusalem dan membina semula Rumah TUHAN. Semua jiran mereka turut membantu dengan memberikan barangan yang diperlukan: perkakas perak, emas, bekalan untuk perjalanan, binatang untuk mengangkut barangan, harta benda yang lain, serta persembahan untuk Rumah TUHAN.
Raja Kores mengembalikan semua mangkuk dan cawan yang dahulu dipakai di dalam Rumah TUHAN di Yerusalem. Perkakas itu telah dibawa oleh Raja Nebukadnezar dan disimpan di dalam kuil dewa-dewanya sendiri. Raja Kores menyerahkan tugas mengurus perkakas itu kepada Mitredat, ketua perbendaharaan kerajaan. Kemudian Mitredat membuat senarai perkakas itu bagi Sesbazar, gabenor negeri Yehuda. 9-10 Inilah senarainya:
mangkuk emas untuk upacara persembahan 30
mangkuk perak untuk upacara persembahan 1,000
pinggan mangkuk yang lain 29
mangkuk kecil daripada emas 30
mangkuk kecil daripada perak 410
perkakas lain 1,000
11 Semuanya berjumlah 5,400 buah pinggan mangkuk daripada emas dan daripada perak serta perkakas lain. Kesemua barangan ini dibawa oleh Sesbazar dari Babilonia ke Yerusalem, bersama dengan orang buangan yang lain.
a 1:1 Raja Kores, raja Persia: Raja ini mengalahkan kota Babel pada tahun 539 Sebelum Masihi dan mulai memerintah sebagai raja di Babel. + 1:1 Yer 25.11, 29.10 + 1:2 Yes 44.28