Penglihatan Daniel di Tebing Sungai Tigris
10
Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami.z Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.
Ketika itu aku sedang berkabung selama tiga minggu. Selama tempoh itu, aku tidak makan makanan lazat ataupun daging; aku tidak minum wain ataupun menyikat rambutku.
Pada hari kedua puluh empat bulan pertama tahun itu, aku berdiri di tebing Sungai Tigris yang besar itu. Aku menengadah lalu nampak seorang yang memakai pakaian linen dan ikat pinggang yang dibuat daripada emas tulen. Badannya bersinar-sinar seperti batu permata; mukanya seterang kilat, dan matanya menyala-nyala seperti api. Tangan dan kakinya berkilau seperti gangsa yang baru digilap, dan suaranya seperti riuh orang ramai. +
Aku seorang sahaja yang nampak penglihatan itu. Orang yang bersama-samaku tidak nampak apa-apa pun, tetapi mereka ketakutan. Mereka lari dan menyembunyikan diri. Aku tertinggal seorang diri, dan memperhatikan penglihatan yang menakjubkan itu. Aku tidak berdaya lagi, dan mukaku menjadi pucat pasi. Apabila aku mendengar suaranya, aku jatuh tertiarap di tanah dan tidak sedar. 10 Kemudian ada tangan yang memegang aku dan menolong aku bangun sambil bertumpu pada lutut dan tangan.
11 Malaikat itu berkata kepadaku, “Hai Daniel, Allah mengasihi engkau. Bangunlah dan dengarlah baik-baik perkataanku ini. Aku telah diutus kepadamu.” Setelah dia berkata demikian, aku bangun berdiri, dan masih gementar.
12 Katanya lagi, “Hai Daniel, janganlah takut. Allah telah mendengar doamu sejak hari pertama engkau bertekad merendahkan diri untuk mendapatkan pengertian. Aku datang sebagai jawapan doamu. 13 Malaikat pelindung kerajaan Persia menentang aku selama dua puluh satu hari. Kemudian Mikhael, salah satu pemimpin malaikat, datang menolong aku, kerana aku ditinggalkan sendirian di Persia. 14 Sekarang aku datang untuk membolehkan engkau memahami hal yang akan berlaku kepada bangsamu. Penglihatan itu tentang masa depan.”
15 Ketika dia mengatakan hal itu, aku menundukkan muka. Aku terpegun. 16 Kemudian malaikat yang rupanya seperti manusia itu, menghulurkan tangannya dan menyentuh bibirku. Aku berkata kepadanya, “Tuan, penglihatan ini membuat saya sangat lemah, sehingga saya tidak berhenti-henti gementar. 17 Saya seperti seorang hamba yang menghadap tuannya. Bagaimanakah saya dapat bercakap kepada tuan? Saya tidak berdaya lagi dan nafas saya sesak.”
18 Sekali lagi dia menyentuh aku dan aku merasa lebih kuat. 19 Katanya, “Allah mengasihi engkau. Oleh itu jangan takut dan jangan cemas tentang apa-apa.”
Setelah dia berkata demikian, aku bertambah kuat. Lalu aku berkata, “Tuan, sila bercakap. Tuan telah menguatkan saya.”
20-21 Katanya lagi, “Tahukah engkau mengapa aku datang kepadamu? Aku datang untuk menyatakan kandungan Kitab Kebenaran kepada engkau. Sekarang aku mesti pulang dan melawan malaikat pelindung Persia. Selepas itu malaikat pelindung kerajaan Yunani pula akan muncul, dan tiada sesiapa akan menolong aku kecuali Mikhael, malaikat pelindung Israel.a +
z 10:1 tetapi sangat susah difahami; atau dan tentang peperangan besar. + 10:6 Why 1.13-15, 2.18, 19.12 a 10:20-21 Dapat bermakna: malaikat pelindung Israel; Naskhah Ibrani: malaikat pelindung. Dan aku, pada tahun pertama Darius orang Media itu. + 10:20-21 Why 12.7