Putera dan Puteri Raja Daud
3
1-3 Inilah senarai nama putera-putera Raja Daud, yang dilahirkan di Hebron, menurut urutan umur mereka:
Amnon - ibunya bernama Ahinoam dari Yizreel
Daniel - ibunya bernama Abigail dari Karmel
Absalom - ibunya bernama Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur
Adonia - ibunya bernama Hagit
Sefaca - ibunya bernama Abital
Yitream - ibunya bernama Egla
4 Keenam-enam orang putera Raja Daud itu dilahirkan di Hebron ketika Raja Daud memerintah di sana selama tujuh tahun setengah.
Di Yerusalem, Raja Daud memerintah sebagai raja selama tiga puluh tiga tahun,
5 dan banyak putera baginda dilahirkan di sana.
Isteri baginda, Batsyeba anak Amiel, melahirkan empat orang putera di Yerusalem. Mereka bernama Simea, Sobab, Natan, dan Salomo.
6 Raja Daud mempunyai sembilan orang putera lain: Yibhar, Elisua, Elifelet,
7 Nogah, Nefeg, Yafia,
8 Elisama, Elyada, dan Elifelet.
9 Selain daripada mereka, Raja Daud mempunyai putera-putera daripada gundik-gundiknya. Raja Daud juga mempunyai seorang puteri bernama Tamar.
Keturunan Raja Salomo
10 Inilah jurai keturunan Raja Salomo daripada bapa kepada anak lelaki: Salomo, Rehabeam, Abia, Asa, Yosafat,
11 Yehoram, Ahazia, Yoas,
12 Amazia, Uzia, Yotam,
13 Ahas, Hizkia, Manasye,
14 Amon, dan Yosia.
15 Yosia mempunyai empat orang anak lelaki: Yohanan, Yoyakim, Zedekia, dan Yoahas.
16 Yoyakim mempunyai dua orang anak lelaki, Yoyakhin dan Zedekia.
Keturunan Raja Yoyakhin
17 Inilah keturunan Raja Yoyakhin, raja yang ditawan oleh orang Babilonia. Yoyakhin mempunyai tujuh orang anak lelaki: Sealtiel,
18 Malkhiram, Pedaya, Syenazar, Yekamya, Hosama, dan Nedabya.
19 Pedaya mempunyai dua orang anak lelaki, Zerubabel dan Simei. Zerubabel mempunyai dua orang anak lelaki bernama Mesulam dan Hananya, dan seorang anak perempuan bernama Selomit.
20 Zerubabel mempunyai lima orang anak lelaki lain: Hasuba, Ohel, Berekhya, Hasaja, dan Yusab-Hesed.
21 Hananya mempunyai dua orang anak lelaki, Pelaca dan Yesaya. Yesaya bapa Refaya, Refaya bapa Arnan, Arnan bapa Obaja, dan Obaja bapa Sekanya.
22 Sekanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Semaya. Semaya mempunyai lima orang anak lelaki: Hatus, Yigal, Bariah, Nearya, dan Safat.
23 Nearya mempunyai tiga orang anak lelaki: Elyoenai, Hizkia, dan Azrikam.
24 Elyoenai mempunyai tujuh orang anak lelaki: Hodawya, Elyasib, Pelaya, Akub, Yohanan, Delaya, dan Anani.