43
Doa Semasa di Tempat Pembuangan
(lanjutan Mzm 42)
1 Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah,
dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana;
jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta.
2 Engkaulah pelindungku;
mengapakah Engkau meninggalkan aku?
Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita
akibat kekejaman musuhku?
3 Berikanlah cahaya-Mu dan firman-Mu yang benar
untuk menyinari dan membimbing aku,
agar aku kembali ke Sion, bukit-Mu yang suci,
dan ke tempat kediaman-Mu.
4 Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah,
kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku;
aku akan menyanyi serta memainkan kecapi,
untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!
5 Mengapakah aku sedih?
Mengapakah aku gelisah?
Aku akan berharap kepada Allah,
dan sekali lagi aku akan memuji Dia,
Allahku dan penyelamatku.