HAKIM-HAKIM
Kata Pengantar
Kitab Hakim-Hakim mengandungi kisah-kisah dari suatu zaman dalam sejarah Israel sebelum bangsa itu menjadi satu kerajaan. Zaman itu di antara masa pendudukan Kanaan dan masa pembentukan kerajaan Israel. Kisah-kisah itu tentang perbuatan para pahlawan bangsa. Mereka lazimnya disebut “hakim”, tetapi kebanyakan mereka sebenarnya panglima tentera dan bukan hakim menurut erti yang biasa. Salah seorang daripada para pahlawan yang terkenal ialah Simson. Kisahnya terdapat dalam fasal 13—16.
Kitab ini terutamanya mengajar bahawa kewujudan umat Israel bergantung kepada kesetiaan mereka kepada Allah. Jika mereka tidak setia kepada-Nya, mereka akan menuju kepada kebinasaan. Tetapi bukan hal itu sahaja; walaupun bangsa itu tidak setia kepada Allah dan ditimpa malapetaka, Allah sentiasa bersedia menyelamatkan umat-Nya apabila mereka bertaubat dan kembali kepada-Nya.
Kandungan
Peristiwa yang Berlaku sehingga Yosua Meninggal 1.1—2.10
Para Pemimpin Israel 2.11—16.31
Pelbagai Peristiwa 17.1—21.25
Suku Yehuda dan Suku Simeon Menangkap Raja Adoni-Bezek
1
Selepas Yosua meninggal, umat Israel bertanya kepada TUHAN, “Ya TUHAN, suku yang manakah harus pertama pergi menyerang orang Kanaan?”
TUHAN menjawab, “Suku Yehuda. Aku akan memberi mereka kuasa untuk merebut negeri itu.”
Suku Yehuda berkata kepada suku Simeon, “Bantulah kami memerangi orang Kanaan dan menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kami. Selepas itu kami pula akan membantu kamu menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kamu.” Oleh itu suku Simeon pergi berperang bersama dengan suku Yehuda. TUHAN memberi mereka kemenangan atas orang Kanaan dan orang Feris. Mereka mengalahkan sepuluh ribu orang askar di Bezek. Mereka menjumpai Raja Adoni-Bezek, dan menyerang baginda. Raja Adoni-Bezek melarikan diri, tetapi mereka mengejar dan menangkap baginda. Mereka memotong ibu jari tangan dan ibu jari kakinya. Raja Adoni-Bezek bertitah, “Dahulu beta memotong ibu jari tangan dan ibu jari kaki tujuh puluh orang raja, dan mereka memungut sisa makanan di bawah meja beta. Sekarang Allah memperlakukan beta seperti beta memperlakukan mereka.” Kemudian Raja Adoni-Bezek dibawa ke Yerusalem, lalu baginda mangkat di sana.
Suku Yehuda Mengalahkan Yerusalem dan Hebron
Orang Yehuda menyerang Yerusalem, lalu merebut dan membakar kota itu, serta membunuh penduduknya. Selepas itu mereka berperang dengan orang Kanaan yang tinggal di kawasan perbukitan, di kaki-kaki bukit, dan di kawasan tanah gersang di sebelah selatan. 10 Orang Yehuda menyerang orang Kanaan yang tinggal di kota Hebron, yang dahulu dinamakan Kiryat-Arba. Di situ mereka mengalahkan puak Sesai, Ahiman, dan Talmai.
Otniel Mengalahkan Kota Debir
(Yos 15.13-19)
11 Dari Hebron, orang Yehuda menyerang kota Debir, yang pada waktu itu dinamakan Kiryat-Sefer. 12 Salah seorang daripada suku Yehuda itu, yang bernama Kaleb berkata, “Aku akan mengahwinkan anak perempuanku, Akhsa, dengan orang yang berjaya merebut Kiryat-Sefer.” 13 Otniel, anak kepada adik lelaki Kaleb yang bernama Kenas, berjaya merebut kota itu. Oleh itu Kaleb mengahwinkan anak perempuannya, Akhsa, dengan Otniel. 14 Pada hari perkahwinan mereka, Otniel mendesak Akhsaa meminta sebidang tanah daripada bapanya. Akhsa turun dari keldainya, lalu Kaleb menanyai dia apa yang dikehendakinya. 15 Akhsa menjawab, “Tanah yang ayah berikan kepada saya itu gersang. Berilah saya juga beberapa mata air.” Oleh itu Kaleb memberi dia mata air di sebelah hulu dan mata air di sebelah hilir.
Kemenangan Suku Yehuda dan Suku Benyamin
16 Keturunan bapa mentua Musa, iaitu orang Keni, berangkat bersama-sama suku Yehuda dari Yerikho, kota pokok kurma. Kemudian mereka pergi ke tanah gersang di sebelah selatan Arad di wilayah Yehuda. Mereka tinggal di situ di kalangan orang Amalek.b 17 Kemudian suku Yehuda bersama dengan suku Simeon pergi menyerang dan mengalahkan orang Kanaan yang tinggal di kota Zefat. Mereka mengutuk kota itu dan memusnahkannya, lalu menamakannya Horma.c 18-19 TUHAN menolong suku Yehuda sehingga mereka berjaya menduduki kawasan perbukitan. Tetapi mereka tidak berjaya merebutd kota Gaza, Askelon, dan Ekron, serta kawasan di sekitar semua kota itu. Suku Yehuda tidak berjaya mengusir penduduk yang tinggal di sepanjang pantai itu, kerana penduduk di sana mempunyai kereta kuda yang dibuat daripada besi. 20 Sebagaimana yang diperintahkan Musa, Hebron diberikan kepada Kaleb, kerana dahulu tiga puak keturunan Enak telah diusir oleh Kaleb dari kota itu. + 21 Tetapi suku Benyamin tidak berjaya mengusir orang Yebusi dari Yerusalem. Itulah sebabnya orang Yebusi masih tinggal di sana bersama-sama orang Benyamin. +
Suku Efraim dan Suku Manasye Mengalahkan Betel
22-23 Suku Efraim dan suku Manasye menyerang kota Betel, yang ketika itu bernama Lus. TUHAN menolong mereka. Pengintip-pengintip yang diutus ke kota itu, 24 berjumpa dengan seorang lelaki yang datang dari kota itu. Mereka berkata kepadanya, “Tolong tunjukkan jalan masuk ke kota ini, dan kami akan memperlakukan kamu dengan baik.” 25 Lelaki itu menunjukkan jalan masuk ke kota itu kepada mereka. Kemudian orang daripada suku Efraim dan suku Manasye memasuki kota itu dan membunuh semua penduduknya, kecuali lelaki itu dan keluarganya. 26 Kemudian lelaki itu berpindah ke negeri orang Het dan membina sebuah kota di sana. Dia menamakan kota itu Lus; kota itu masih bernama demikian.
Bangsa-Bangsa yang Tidak Diusir oleh Umat Israel
27 Suku Manasye tidak mengusir penduduk kota Bet-Sean, Taanakh, Dor, Yibleam, Megido, dan penduduk pekan-pekan di sekitarnya. Oleh itu orang Kanaan tetap tinggal di situ. 28 Setelah umat Israel bertambah kuat, mereka memaksa orang Kanaan bekerja untuk mereka, tetapi mereka masih tidak mengusir semua orang Kanaan dari situ. +
29 Suku Efraim tidak mengusir orang Kanaan yang tinggal di kota Gezer. Oleh itu orang Kanaan masih tetap tinggal di situ bersama-sama mereka. +
30 Suku Zebulon tidak mengusir penduduk kota Kitron dan Nahalol. Oleh itu orang Kanaan masih tetap tinggal di situ bersama-sama mereka. Tetapi orang Kanaan itu dipaksa bekerja untuk mereka.
31 Suku Asyer tidak mengusir penduduk kota Ako, Sidon, Ahlab, Akhzib, Helba, Afek, dan Rehob. 32 Oleh itu orang Kanaan, penduduk asli negeri itu masih tinggal di situ bersama-sama suku Asyer.
33 Suku Naftali tidak mengusir penduduk kota Bet-Semes dan Bet-Anat. Oleh itu orang Kanaan, penduduk asli negeri itu masih tinggal di situ bersama-sama suku Naftali. Tetapi mereka dipaksa bekerja untuk suku Naftali.
34 Orang Amori mendesak suku Dan lari ke kawasan perbukitan dan tidak membiarkan mereka tinggal di kawasan dataran rendah. 35 Orang Amori masih tetap tinggal di Ayalon, Saalbim, dan Gunung Heres. Tetapi suku Efraim dan suku Manasye menguasai orang Amori dan memaksa mereka bekerja untuk kedua-dua suku itu.
36 Di sebelah utara Sela, sempadan wilayah orang Edome melalui Genting Akrabim.
a 1:14 Beberapa buah naskhah terjemahan kuno: Otniel mendesak Akhsa; Naskhah Ibrani: Aksha mendesak Otniel. b 1:16 Beberapa buah naskhah terjemahan kuno: orang Amalek; Naskhah Ibrani: orang. c 1:17 Horma: Dalam bahasa Ibrani nama ini bermakna “kemusnahan”. d 1:18-19 Sebuah naskhah terjemahan kuno: Tetapi mereka tidak berjaya merebut; Naskhah Ibrani: Dan mereka merebut. + 1:20 Yos 15.13-14 + 1:21 Yos 15.63; 2 Sam 5.6; 1 Taw 11.4 + 1:28 Yos 17.11-13 + 1:29 Yos 16.10 e 1:36 Sebuah naskhah terjemahan kuno: orang Edom; Naskhah Ibrani: orang Amori.