Perumpamaan tentang Pokok Anggur
15
TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, apakah perbezaan pokok anggur dengan pokok lain? Apakah gunanya carang pokok anggur jika dibandingkan dengan pokok-pokok di hutan? Bolehkah carang pokok anggur itu digunakan untuk membuat apa-apa? Bolehkah carangnya dijadikan pasak untuk menggantung barang? Carang tidak ada gunanya selain dijadikan kayu bakar. Apabila kedua-dua hujungnya habis terbakar dan bahagian tengahnya hangus, masihkah ada gunanya? Sebenarnya, sebelum dibakar carang pokok anggur tidak berguna sama sekali. Apalagi setelah dibakar, carang itu lebih lagi tidak berguna!”
Inilah firman TUHAN Raja, “Sebagaimana carang pokok anggur diambil dari hutan dan dibakar, demikian juga Aku akan memperlakukan penduduk Yerusalem, dan menghukum mereka. Walaupun mereka telah terluput daripada api, mereka akan dibakar oleh api juga. Apabila Aku menghukum mereka kelak, barulah engkau tahu bahawa Akulah TUHAN. Mereka tidak setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan menjadikan negeri mereka padang gurun.” TUHAN Raja telah berfirman.