97
Allah Penguasa Tertinggi
TUHAN itu raja! Hai bumi, bersukacitalah!
Hai pulau-pulau di laut, bergembiralah!
Dia dikelilingi awan dan kegelapan;
pemerintahan-Nya berdasarkan hukum dan keadilan.
Api mendahului Dia,
membakar musuh di sekeliling-Nya.
Kilat-Nya menerangi dunia;
bumi bergegar melihat cahaya-Nya.
Bukit mencair seperti lilin di hadapan TUHAN,
di hadapan Tuhan seluruh bumi.
Langit mengisytiharkan keadilan-Nya,
dan semua bangsa melihat kemuliaan-Nya.
Semua orang yang menyembah berhala dipermalukan,
semua dewa bersujudp di hadapan TUHAN.
Penduduk Sion bersukacita,
dan kota-kota di Yehuda bergembira,
kerana keputusan-Mu, ya TUHAN.
Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkaulah pemerintah seluruh bumi;
Engkau lebih berkuasa daripada semua dewa.
10 TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan;q
Dia melindungi hidup umat-Nya,
dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.
11 Kebaikan Allah bersinar seperti cahaya pada orang jujur,
dan memberikan kegirangan kepada orang baik.
12 Bersukacitalah,
hai kamu semua yang tulus,
kerana apa yang telah dilakukan TUHAN.
Ingatlah akan perbuatan Allah yang suci,
dan bersyukurlah kepada-Nya.
p 97:7 semua dewa bersujud; atau sujudlah, hai semua dewa. q 97:10 Dapat bermakna: TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan; Naskhah Ibrani: Bencilah akan kejahatan, hai orang yang mengasihi TUHAN.