Bildad
18
Kemudian Bildad menjawab,
“Ayub, tidak bolehkah engkau berhenti bercakap?
Jika engkau diam dan mendengar, kami akan bercakap.
Mengapakah engkau berfikir bahawa kami dungu,
dan menyamakan kami dengan lembu?
Kemarahan hanya menyakiti dirimu.
Adakah bumi kehilangan penduduknya kerana engkau marah?
Adakah gunung-gunung dipindahkan dari tempatnya untuk memuaskan hatimu?
Hidup orang jahat yang seperti nyala pelita, akan dipadamkan;
mereka seperti api yang tidak lagi menyala.
Mereka seperti khemah yang pelitanya sudah padam;
pelita penerang mereka tidak lagi bersinar. +
Langkah mereka yang mantap kini terhuyung-huyung;
rancangan mereka sendiri menyebabkan mereka jatuh.
Mereka berjalan ke dalam jaring dan kaki mereka tersangkut;
tumit mereka terperangkap sehingga mereka tertangkap.
10 Jerat tersembunyi di atas tanah;
dan perangkap terpasang pada jalan mereka.
11 Kengerian mengejutkan orang jahat dari segala arah,
dan mengikuti mereka setiap langkah.
12 Dahulu mereka kaya, tetapi kini mereka lapar;
bencana selalu menyertai mereka.
13 Kulit mereka dimakan penyakit yang teruk,
lengan dan kaki mereka menjadi busuk.
14 Mereka dikeluarkan dari khemah tempat tinggal yang aman,
dan diheret untuk menghadap kematian.
15 Kini sesiapa pun boleh tinggal di dalam khemah mereka,
setelah direnjis belerang untuk membasmi penyakit!y
16 Akar mereka kering dan kisut,
cabang mereka layu dan lisut.
17 Mereka tidak dikenal lagi di bumi;
tiada seorang pun yang mengingati mereka lagi.
18 Dari tanah orang yang hidup, mereka akan dihalaukan,
diusir dari cahaya ke dalam kegelapan.
19 Mereka tidak mempunyai sanak atau anak cucu,
dan tiada lagi yang hidup di tempat mereka dahulu.
20 Mendengar nasib mereka, penduduk di barat terkejut,
dan penduduk di timur gementar kerana takut.
21 Itulah kesudahan orang derhaka,
mereka yang tidak mempedulikan Allah.”
+ 18:6 Ayb 21.17 y 18:15 belerang untuk membasmi penyakit: Belerang digunakan pada zaman dahulu untuk membersihkan rumah-rumah yang penghuninya meninggal.