6
Oleh itu, marilah kita menuju kepada kedewasaan kehidupan Kristian, dan jangan hanya perhatikan ajaran asas tentang Kristus. Janganlah kita ulangi ajaran asas tentang hal berhenti melakukan yang sia-sia dan tentang kepercayaan kepada Allah, atau ajaran asas tentang baptisang dan tentang hal meletakkan tangan pada orang, atau tentang kebangkitan orang mati dan hukuman yang kekal. Marilah kita menjadi orang Kristian yang dewasa! Jika diizinkan Allah, hal inilah yang akan kita lakukan!
Hal itu demikian, kerana orang yang tidak mahu percaya kepada Kristus lagi, tidak dapat dipimpin kembali supaya bertaubat. Mereka pernah berada dalam terang Allah; mereka pernah menikmati pemberian Allah, dan menerima Roh Allah yang menjadi bahagian mereka. Melalui pengalaman, mereka tahu bahawa firman Allah baik, dan mereka telah merasai kuasa daripada kurnia Allah pada zaman yang akan datang. Tetapi sesudah itu mereka tidak mahu percaya kepada Kristus lagi! Tidak mungkin mereka dipimpin kembali supaya bertaubat, kerana mereka menyalibkan Anak Allah lagi dan mempermalukan Dia di hadapan umum.
Allah memberkati tanah yang menghisap air hujan yang sering turun ke atasnya, lalu tanah itu menghasilkan tanam-tanaman yang berguna bagi orang yang menanamnya. Tetapi jika tanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka tanah itu tidak berguna. Tanah itu akan dikutuk oleh Allah dan dimusnahkan oleh api. +
Tetapi, saudara-saudara yang tercinta, meskipun kami berkata demikian, kami yakin akan kamu. Kami tahu bahawa kamu mempunyai berkat-berkat yang lebih baik, yang termasuk dalam penyelamatan kamu. 10 Allah bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan apa yang sudah kamu lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kamu tunjukkan kepada-Nya dengan menolong sesama saudara Kristian, baik dahulu mahupun sekarang. 11 Kami ingin sekali supaya setiap orang di kalangan kamu terus bergiat sehingga akhir, supaya segala perkara yang kamu harap-harapkan itu boleh kamu terima. 12 Kami tidak mahu kamu menjadi malas. Hiduplah seperti mereka yang menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah, kerana percaya kepada-Nya dan bersabar.
Janji Allah yang Tidak Dapat Berubah
13 Ketika Allah berjanji kepada Abraham, Dia bersumpah bahawa Dia akan melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya. Kerana tidak ada sesiapa pun yang lebih tinggi daripada Allah, Dia bersumpah demi nama-Nya sendiri. 14 Allah berfirman, “Aku berjanji akan memberkati engkau dan memberikan keturunan yang banyak kepadamu.” + 15 Abraham bersabar. Oleh itu dia menerima apa yang dijanjikan oleh Allah. 16 Ketika seseorang bersumpah, dia menggunakan nama orang lain yang lebih tinggi kedudukannya daripada dia. Lalu sumpah itu menyelesaikan segala perselisihan. 17 Allah hendak meyakinkan orang yang akan menerima apa yang dijanjikan-Nya, bahawa Dia tidak sekali-kali akan mengubah maksud-Nya. Itulah sebabnya Dia menambah sumpah pada janji-Nya itu. 18 Dua perkara itu tidak dapat berubah, iaitu janji-Nya dan sumpah-Nya. Allah tidak dapat berdusta tentangnya. Oleh itu, kita yang sudah pergi kepada-Nya untuk mendapat perlindungan, sangat digalakkan supaya berpegang teguh kepada harapan yang ada di hadapan kita. 19 Harapan kita itu seperti sauh yang menjadi pegangan hidup yang kuat dan aman. Harapan itu menembusi tirai Bilik Maha Suci di Rumah Tuhan di syurga. + 20 Yesus telah masuk ke situ lebih dahulu daripada kita, dan Dia menjadi Imam Agung yang kekal seperti Imam Melkisedek. +
g 6:2 baptisan; atau upacara penyucian. + 6:8 Kej 3.17-18 + 6:14 Kej 22.16-17 + 6:19 Im 16.2 + 6:20 Mzm 110.4