Perbuatan Cabul di Kalangan Jemaah
5
Sebenarnya aku menerima laporan bahawa perbuatan cabul yang keterlaluan berlaku di kalangan kamu. Orang yang tidak mengenal Tuhan pun tidak melakukannya. Aku diberitahu bahawa seorang lelaki berzina dengan ibu tirinya! + Meskipun demikian, kamu masih membanggakan diri! Sebaliknya kamu seharusnya berdukacita, dan kamu harus memastikan bahawa orang yang sudah melakukan perbuatan itu dibuang daripada kalangan kamu. 3-4 Meskipun aku jauh daripada kamu secara lahir, tetapi secara batin aku bersama-sama kamu. Oleh itu dengan kekuasaan Tuhan Yesus, aku menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan perbuatan sekeji itu. Pada waktu kamu berkumpul, anggaplah aku hadir antara kamu secara batin, dan dengan kuasa Tuhan kita Yesus, kamu harus menyerahkan orang itu kepada Iblis supaya tubuhnya dibinasakan. Dengan demikian rohnya boleh diselamatkan pada hari Tuhan datang kembali.
Kamu tidak patut sombong! Tentu kamu tahu akan pepatah ini, “Ragi yang sedikit membuat seluruh adunan naik!” + Buanglah ragi yang lama, iaitu ragi dosa, supaya kamu menjadi seperti adunan baru yang tidak beragi. Sebenarnya aku tahu bahawa kamu memang demikian. Perayaan Paska kita sudah tersedia, kerana Kristus, domba Paska kita sudah dikorbankan. + Marilah kita rayakan Perayaan Paska kita dengan roti yang tidak beragi, iaitu roti yang melambangkan kemurnian dan kejujuran.g Janganlah kita rayakan Perayaan Paska dengan roti yang beragi lama, iaitu ragi dosa dan kejahatan. +
Di dalam suratku yang lepas, aku memberitahu kamu supaya jangan bergaul dengan orang cabul. 10 Yang aku maksudkan bukanlah orang cabul atau tamak, atau penipu, atau penyembah berhala yang sama sekali tidak mengenal Allah. Bukan! Jika kamu harus menjauhkan diri daripada mereka, kamu terpaksa keluar dari dunia ini sama sekali. 11 Tetapi inilah maksudku: Kamu tidak patut bergaul dengan orang yang mengaku dirinya orang Kristian, tetapi sebenarnya cabul atau tamak, atau menyembah berhala, atau mengumpat orang, pemabuk ataupun penipu. Janganlah makan dengan orang seperti itu!
12-13 Bukanlah urusanku untuk mengadili orang bukan Kristian. Allah sendiri akan mengadili mereka. Tetapi kamu harus mengadili anggota jemaah kamu sendiri. Di dalam Alkitab tertulis, “Usirlah orang jahat dari kalangan kamu.” +
+ 5:1 Ul 22.30 + 5:6 Gal 5.9 + 5:7 Kel 12.5 g 5:8 kejujuran; Harfiah: kebenaran. + 5:8 Kel 13.7; Ul 16.3 + 5:12-13 Ul 13.5, 17.7